Liga Perdana JBFA 2026 menampilkan penyertaan 10 pasukan pada tahun ini selepas semua pasukan memuktamadkan penyertaan dan pendaftaran. Sebagai liga kedua tertinggi dalam struktur pertandingan JBFA, saingan ini terus menjadi pentas buat pasukan memburu slot ke Liga Super, liga tertinggi daerah Johor Bahru.
Sebanyak 10 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan lima pasukan setiap kumpulan. Saingan peringkat kumpulan akan berlangsung secara liga, sebelum empat pasukan terbaik daripada setiap kumpulan mara ke peringkat suku akhir yang menggunakan format kalah singkir.
Komposisi Liga Perdana musim ini turut menyaksikan kemasukan JBC FA, BBU FC dan TEMPORARY FC yang dinaikkan daripada Liga Divisyen selepas berjaya memenuhi semua syarat penyertaan dan kenaikan ke Liga Perdana. Beberapa pasukan lain turut diberi peluang untuk mengisi kekosongan, namun gagal melengkapkan syarat yang ditetapkan dalam tempoh ditentukan.
TEMPORARY FC dahulunya dikenali sebagai PULAI INTAN FC yang dijenamakan semula sebagai TEMPORARY FC. Pertukaran nama ini dibuat susulan proses pendaftaran dan kelulusan kelab oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), sekali gus menyelaraskan penggunaan nama rasmi kelab.
HUMA WARRIOR FC pula digugurkan daripada menyertai Liga JBFA 2026 selepas rayuan berhubung kegagalan mendaftar pada Fasa 1 ditolak oleh pihak pengurusan pertandingan.
Selain itu dua pasukan yang pada mulanya berada di Liga Perdana telah dinaikkan ke Liga Super bagi memenuhi slot sepuluh pasukan Liga Super iaitu SAUJANA FC dan RMPJB FC.
Juara Liga Perdana JBFA 2026 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, manakala naib juara menerima RM5,000. Kedua-dua pasukan turut memperoleh kenaikan ke Liga Super JBFA bagi musim 2027.
Bagi memastikan pasukan lebih bersedia untuk beraksi di Liga Super, setiap pasukan Liga Perdana turut diwajibkan menyediakan gelanggang sendiri bagi perlawanan di tempat sendiri. Keperluan ini merupakan persediaan awal kerana pasukan yang beraksi di Liga Super perlu memenuhi syarat yang sama, selain berpeluang layak ke Piala Menteri Besar Johor.
Sementara itu, dua pasukan yang menduduki tangga tercorot dalam setiap kumpulan akan diturunkan ke Divisyen JBFA bagi musim hadapan.
More News
MBIP FC JUARA PIALA SUMBANGSIH JBFA 2026
25 Jul 2026