Seiring dengan kemeriahan Piala Dunia FIFA 2026, JBFA kini giat membuat persiapan untuk menganjurkan kejohanan bola sepak utama daerah Johor Bahru, iaitu Liga JBFA 2026.
Bagi musim ini, Liga JBFA tampil dengan penjenamaan baharu yang merangkumi tiga kategori utama, iaitu Liga Super (liga tertinggi daerah Johor Bahru), Liga Perdana dan Liga Divisyen.
Bermula musim ini, Liga Divisyen 1 dimansuhkan dan dijenamakan semula sebagai Liga Divisyen. Perubahan ini merupakan kesinambungan daripada penstrukturan semula liga pada musim lalu yang menyaksikan Liga Divisyen 2 dimansuhkan, sekali gus hanya mengekalkan satu saingan divisyen.
Selain tiga kategori liga tersebut, Liga JBFA 2026 turut mempertandingkan dua lagi kejohanan piala, iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA. Ini menjadikan keseluruhan lima piala bakal menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding pada musim ini.
Ketika ini, jawatankuasa liga sedang memuktamadkan senarai penyertaan pasukan serta meneliti beberapa rayuan daripada kelab-kelab yang berhasrat untuk menyertai Liga JBFA 2026.
Nantikan pengumuman rasmi mengenai pembahagian liga/kumpulan dan jadual pertandingan dalam masa terdekat.
More News
MBIP FC JUARA PIALA SUMBANGSIH JBFA 2026
25 Jul 2026