Undian rasmi Liga Perdana Johor Bahru 2025 telah berlangsung dan menyaksikan 10 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan yang bakal bersaing merebut tempat ke pusingan kalah singkir.
Kumpulan A terdiri daripada Bukit Mutiara FC, Temporary FC, Ulu Tebrau United FC, IPGKTI FC dan Newstar FC.
Manakala Kumpulan B pula ada JMF Junior FC, PG City FC, Melor FC, BBU FC dan JBCFA.
Hanya 4 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat Suku Akhir, sebelum meneruskan cabaran ke Separuh Akhir dan Pentas Akhir.
Liga Perdana JBFA 2026 menawarkan Hadiah Wang Tunai RM7,000 untuk juara dan Naib Juara akan menerima RM5,000.
Komposisi Liga Perdana musim ini turut menyaksikan kemasukan JBC FA, BBU FC dan Temporary FC yang dinaikkan daripada Liga Divisyen selepas berjaya memenuhi semua syarat penyertaan dan kenaikan ke Liga Perdana. Beberapa pasukan lain turut diberi peluang untuk mengisi kekosongan, namun gagal melengkapkan syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang telah ditentukan.
Untuk makluman, Temporary FC dahulunya dikenali sebagai Pulai Intan FC dan telah dijenamakan semula sebagai Temporary FC. Pertukaran nama ini dibuat susulan proses pendaftaran serta kelulusan kelab oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), sekali gus menyelaraskan penggunaan nama rasmi kelab.
More News
MBIP FC JUARA PIALA SUMBANGSIH JBFA 2026
25 Jul 2026