MBIP FC JUARA PIALA SUMBANGSIH JBFA 2026

MBIP FC JUARA PIALA SUMBANGSIH JBFA 2026

25 Jul 2026, 04:35 PM JBFA ADMIN 24 views
MBIP FC membuka tirai musim Liga JBFA 2026 dengan penuh bergaya apabila muncul juara Piala Sumbangsih JBFA 2026 selepas menewaskan JMF FC dengan keputusan 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah. JMF FC terpaksa bermain 10 orang selepas Khairullah Abdul Halim dilayangkan kad merah pada minit ke-35 kerana menumbuk pemain MBIP FC dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak menghukum pemain ini. MBIP FC terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Shafi Azswad pada minit ke-47 sebelum Hairul Afiq menggandakan kelebihan pada minit ke-80. JMF FC berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Shafiq Shaharudin pada minit ke-88, namun ia tidak mencukupi untuk menghalang MBIP FC menjulang trofi pertama musim ini. Kemenangan ini membolehkan MBIP FC mengulangi kejayaan musim lepas. Selain mempertahankan kejuaraan MBIP FC turut mempertahankan status mereka sebagai antara pasukan terbaik Liga JBFA dan memberikan suntikan keyakinan menjelang saingan Liga Super JBFA 2026 yang bakal bermula tidak lama lagi. Tahniah kepada MBIP FC atas kejayaan menjuarai Piala Sumbangsih JBFA 2026, dan syabas juga kepada JMF FC atas semangat juang yang dipamerkan sepanjang perlawanan. Liga JBFA 2026 kini secara rasminya telah membuka tirainya. Semoga musim ini menyajikan saingan yang lebih kompetitif, berkualiti dan penuh semangat kesukanan.

More News