PIALA SUMBANGSIH BUKA TIRAI LIGA JBFA 2026

PIALA SUMBANGSIH BUKA TIRAI LIGA JBFA 2026

23 Jul 2026, 11:26 AM JBFA ADMIN 159 views
Tirai saingan Liga JBFA 2026 bakal dibuka secara rasmi menerusi aksi Piala Sumbangsih yang menemukan MBIP FC dan JMF FC pada 24 Julai 2026 (Jumaat), jam 8.45 malam di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Perlawanan ini menemukan juara Liga Super JBFA 2025, MBIP FC, menentang Juara Piala FA merangkap naib juara Liga Super JBFA 2025, JMF FC, dalam perebutan trofi pertama bagi musim 2026. Piala Sumbangsih bukan sahaja menjadi pembuka tirai kepada kalendar pertandingan JBFA, malah menjadi pentas awal untuk kedua-dua pasukan membuktikan kemampuan masing-masing sebelum mengharungi saingan Liga Super dan Piala FA. Bagi musim 2026, Liga JBFA bakal melibatkan penyertaan 30 pasukan yang akan beraksi dalam tiga kategori utama iaitu Liga Super, Liga Perdana dan Liga Divisyen. Selain itu, sebanyak 16 pasukan turut mengesahkan penyertaan dalam saingan Piala FA JBFA 2026, menjadikan musim ini antara yang paling kompetitif dalam sejarah penganjuran liga. Orang ramai dan penyokong kedua-dua pasukan dijemput hadir ke Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah bagi menyaksikan perlawanan pembuka tirai ini serta bersama-sama memeriahkan permulaan musim baharu Liga JBFA 2026.

More News