Tahniah Kepada 30 Pasukan Liga JBFA 2026!

Tahniah Kepada 30 Pasukan Liga JBFA 2026!

28 Jun 2026, 03:49 PM JBFA ADMIN
TAHNIAH KEPADA 30 PASUKAN LIGA JBFA 2026! Berikut merupakan 30 pasukan yang telah berjaya melengkapkan proses pendaftaran serta mengesahkan penyertaan rasmi masing-masing bagi saingan Liga JBFA 2026. Tahun ini turut menyaksikan penyertaan dua pasukan baharu, iaitu Ranhill SAJ FC dan Bintang Emas FC. Ranhill SAJ FC kembali menyertai Liga JBFA selepas kali terakhir beraksi pada musim 2019, manakala Bintang Emas FC merupakan kelab yang baharu mendaftar sebagai ahli gabungan JBFA. Kesemua 9 pasukan Liga Super musim lalu kembali menyertai saingan pada tahun ini. Perkara ini membuktikan kestabilan serta komitmen pasukan-pasukan Liga Super untuk terus bersaing di Liga JBFA. Bagi Liga Perdana, hanya 8 pasukan kembali menyertai saingan musim ini. Justeru, beberapa pasukan dari Liga Divisyen berpeluang dinaikkan ke Liga Perdana. Walau bagaimanapun, setiap pasukan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi melayakkan mereka menerima kenaikan tersebut. Ketika ini, pihak jawatankuasa sedang memuktamadkan kategori penyertaan bagi semua pasukan yang terlibat. Pasukan-pasukan yang telah disenarai pendek bagi proses kenaikan liga juga telah melengkapkan semua keperluan dan kini berada di peringkat akhir penilaian. Walau bagaimanapun, semua pasukan yang disenaraikan masih perlu melengkapkan pembayaran yuran penyertaan liga selewat-lewatnya pada 12 Julai 2026. Mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan yuran dalam tempoh yang ditetapkan akan digugurkan daripada saingan Liga JBFA 2026 dan kekosongan tersebut akan diisi oleh pasukan yang berada dalam senarai menunggu. Ikuti perkembangan serta pengumuman terkini Liga JBFA 2026 melalui laman web rasmi kami di www.myjbfa.com.

More News